Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang
sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap
bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana
sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu
sendiri.
Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah
yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang
pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah
walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.
Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di
susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun
dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut
meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan
mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada yang menanti
dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi
'berani' ke hadapan namun tetap berada di dalam jagaan 'malu' dan
'rapinya' seorang wanita. Lantas, orang tengah menjadi pengantara.
Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang
penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan
mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk
berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah
di jalan dakwah?
Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya
mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun
berada di'dalamnya' - alam berumahtangga.
Terdapat beberapa kisah benar wanita solehah yang ingin ana kongsikan
bersama-sama untuk dijadikan sebagai satu motivasi supaya akhowat tetap
teguh sebagai seorang Da'ie di jalanNya. InsyaAllah.
Kisah 1
Kagum sungguh dengan ukhti yang seorang ini. Sebelum ukhti ini berubah, dia pernah bercouple dengan seorang akhi. Dahulu kedua-duanya masih lagi di jalan kejahilan. Dan selepas Allah memberikan hidayah kepada ukhti ini terlebih dahulu dia terus-terusan bermujahadah di jalan Allah.

Bertahun-tahun lamanya ukhti ini bermujahadah. Manakala akhi ini pula
terus-terusan cuba untuk menganggu ukhti tersebut dan ingin mendapatkn
kepastian mengapa dia ditinggalkan begitu sahaja. Dan akhirnya akhi ini
pun mengalah dan dia pula diberikan hidayah oleh Allah. Masing-masing
mula menyepi dan mantap di jalan dakwah.
Selepas bertahun-tahun menyepi akhi ini mula mencari ukhti tersebut
di facebook. Dan selepas ukhti ini melakukan istikharah, yakin dengan
ketentuan yang diberikan olehNya, ukhti tersebut terus memulakan langkah
perkenalan untuk ke langkah seterusnya. Alhamdulillah, baru-baru ini
saya menerima walimatulurus daripada mereka berdua. Bersyukur ke hadarat
Illahi kerana usaha mereka mujahadah bertahun-tahun lamanya akhirnya
berbaloi juga. Allahuakbar.
Kisah 2
Seorang muslimah, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah. Menikah dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah. Gerak dakwah berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah. Namun kini kedua-duanya berhenti daripada terus bersama. Silapnya di mana? Wallahua'lam. Allah lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.

Kisah 3
Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya.

Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang
dinanti. Datanglah permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang
sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga
kini.
Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
"kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu
'ikhwah' sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung
kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa
sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu
prinsip akak."
Kisah 4
Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya.

Namun takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan
seorang ikhwah. Dan kini, alhamdulillah ukhti itu tetap bergerak, dan
mendapat sokongan zaujnya walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun
tetap seorang penyokong yang baik.
Demikianlah takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang
tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah
rumahtangga untuk menghalalkan hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya
tidak bersendirian? Atau sebuah baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di
jalan dakwah?
Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali
lah ia hanya semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah
perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat
dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati
kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~
Wallahua'lam.