Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana
sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya
kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada
di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan
hidup yang mewah.
Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah
kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita
lebih baik dari orang lain.
Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha
bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai
manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan
pertolongan dari-Nya.
Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita
mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah
yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang
Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang
maha esa.
Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang
melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali
kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila
Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya.
Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih
tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T
sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah
keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita.
Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan
berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan
kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah
kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan
terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi
masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan,
membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan
membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.
Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T.
Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur
akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak
pandai mengatur.
SUMBER : www.iluvislam.com
SUMBER : www.iluvislam.com
0 komentar